Voting Rating: 4.5 / 41 votes

Saturday, 12 May 2012

Kucing Haiwan Yang Bersih

tumblr_ltfsuyzF4z1qcmsc3o1_500

Nabi menekankan dalam hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis, malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan bekas air minuman kucing.

Kenapa Rasulullah berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia ? 

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis ?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia, pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan bulu mereka. 

Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun air yang akan jatuh dari lidahnya, sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati yang tersisa di badannya.



KAJIAN YANG DIJALANKAN 

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian- bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Disamping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang di dapati selepas ujikaji ialah : 

1 - Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman , meskipun dilakukan berulang kali.
2 - Tempat kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika 
      dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan padanya.
3 - Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga tidak menunjukkan kehadiran kuman.
4 - Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman     
      dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil 
      seperti (enterobector, streptococcus, dan taphylococcus ). Jumlahnya kurang dan membiak dalam 
      lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5 - Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya . Pelbagai sumber dipercayai dan hasil 
      penyelidikan laboratarium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. 
      Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua labotarium di klinik Haiwan Bhaitarah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman , jika mempunyai kuman itu menunjukkan kucing itu sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing , manusia 25% dari anjing , kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus , Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama Lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

No comments:

Post a Comment