Voting Rating: 4.5 / 41 votes

Sunday 13 May 2012

10 Mamalia Yang Jarang Ditemui Didunia

1 - HAIRY SAKI 




Monyet yang hidup dilembah sungai amazon ini kebanyakannya tinggal diatas pokok, monyet ini juga dikenali sebagai monk saki kerana bulu kepala monyet ini berbentuk seperti topi pendeta (monk's cowl), Hairy Saki sangat jarang dilihat, ditangkap kerana sifatnya yang panik. Monyet ini cenderung panik dan boleh mati kerana ketakutan ditangkap.

2 - AARDWOLF




Mamalia afrika yang menyerupai hyena kecil, namanya Aardwolf yang bererti "earth wolf " kerana dia tinggal dalam liang tanah.

3 - ARGALI




Kambing liar terbesar (tingginya kurang lebih 120cm ) yang mempunyai tanduk yang besar dan bergulung, berasal dari Asia Tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet ). Binatang ini terancam pupus kerana sering diburu dan digunakan dalam pengubatan cina.

4 - DOUROUCOULI




Dikenali juga dengan monyet burung hantu kerana mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada malam hari) Haiwan ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.

5 - SOULSLIK EROPAH




Soulslik adalah nama eksotik yang diberikan kepada tupai tanah Eropah dan Asia. Tupai ini tidak kelihatan seperti tupai dan haiwan pengerat pada umumnya, kerana makanannya adalah daging yang amat besar (tentunya dalam ukuran yang kecil) seperti burung-burung kecil dan tikus.

6 - FOSSA




7 - LESSER GRISON




Karnivor yang jarang diketahui orang , hidup di patagonia dan negara-negara Amerika Selatan, panjangnya 30cm , dengan bulu hitam dan kelabu. Haiwan ini jarang kelihatan seperti memerang di Peru. Haiwan ini dijinakkan seperti musang dan dilatih untuk memburu tikus.

8 - MOON RAT




Disebut juga sebagai landak berbulu , haiwan yang kelihatan aneh ini berasal dari asia tenggara. Bulunya yang berwarna coklat tua atau hitam kontra dengan mukanya berwarna putih . Haiwan ini juga mempunyai hidung yang panjang , dengan panjang kira-kira 25cm . Haiwan ini merupakan insectivora yang besar.

9 - NORTH AMERICAN CACOMISTLE




Berasal dari Amerika Syarikat bahagian selatan , cacomistle adalah haiwan kecil dan pemalu, kadang-kadang disebut sebagai Tupai Kucing atau Kucing Ekor Cincin kerana ekornya yang panjang dan bergaris mementuk seperti cincin. Cacomistle berasal dari bahasa Nahuatl yang bererti half-cat atau half-mountain lion.

10 - PINK FAIRY ARMADILLO




Ini adalah armadillo peri, mempunyai panjang 120mm, haiwan ini hidup dibawa tanah dan jarang kelihatan, dan hampir tidak pernah tertangkap, haiwan ini hebat dalam melarikan diri, dengan kemampuannya yang boleh menggali kedalam tanah secara tepat dan bersembunyi dari serangan musuh. Praspris

No comments:

Post a Comment