Voting Rating: 4.5 / 41 votes

Sunday 13 May 2012

Binatang Berbisa Di Dunia



KODOK BERACUN
Kodok beracun sama dengan binatang amfibia lain, kulitnya banyak mengandungi kelenjar, dapat mengeluarkan cairan meleket untuk membasahi kulit sekaligus melindungi dirinya. Racun yang dikeluarkannya sangat berbisa , sehingga menjadikannya salah satu binatang paling berbisa didunia. Selain manusia ia tidak mempunyai musuh alam yang lain. 

Racun yang dikeluarkan dari kodok beracun dari Columbia Barat, Amerika Selatan, adalah racun paling hebat didunia yang diketahui pada masa ini. Hanya dengan 1/100,000 dari 1 g racunnya sudah cukup mengakibatkan seseorang mati keracunan.

FUNNEL WEBSPIDER
Funnel Webspider adalah labah-labah yang sangat berbisa di Australia. Merupakan labah-labah yang bahaya didunia. Beringas dan suka berkelahi , jika manusia terkena gigitannya akan menemui ajal dalam jangka masa 15 minit.

BLUE RING OCTOPUS
Blue Ring Octopus dan ubur-ubur berbentuk kotak merupakan dua jenis binatang laut yang paling berbisa.Cairan racun dalam tubuhnya dapat menyebabkan kematian dalam beberapa minit.
Hingga pada masa ini , secara perubatan belum ada penawarnya . Blue Ring Octopus sifatnya pemalu, suka bersembunyi dibawah batuan, malam hari baru keluar dari sarangnya dan mencari mangsa.

KADAL RAKSASA KOMODO
Kadal raksasa komodo atau disebut juga naga komodo panjang badannya boleh mencapai 3 meter. Namun umumnya hanya sekitar 2 meter , dalam keadaan perut kosong beratnya boleh mencapai 54kg. Setelah makan beratnya boleh mencapai 80kg.

RED BLACK SPIDER
Red Black Spider juga merupakan salah satu labah-labah yang paling berbisa , disebut juga janda hitam. Jika digigit olehnya pada permulaan tidak akan terasa , namun lima minit kemudian luka akibat gigitannya itu baru mulai terasa panas dan sakit, jika tidak segera dirawat mungkin akan membawa kesan buruk.

RAJA ULAR COBRA 
Ular Cobra yang khusus menjadikan ular juga mangsanya sehingga membuat sejumlah besar spesies ular yang lain ketakutan. Kawasannya tidak boleh diduduki oleh ular lain. Jika sang cobra terkejut ia akan menjadi ganas, bahagian depan badannya akan berdiri tegak , lidah yang panjang, halus dan bercabang. Kepalanya beralun dengan lincah mengikut gerak geri mangsanya, dan mangsa secara langsung tidak akan mudah untuk melepaskan diri.darinya.

ULAR LAUT AUSTRALIA
Ular laut yang hidup di samudera Australia berada di senarai kedua dalam deretan ular paling berbisa. Ular laut ini ditumbuhi dengan muncung yang besar , batang tubuhnya seperti tabung bundar , panjang, hujung belakang dan sisi ekornya pipih. 

Sifat racunnya lebih berbisa dari cobra, jika terkena gigitannya akan menemui ajal dalam masa 10 minit. Ular laut ini hidup disebuah daerah perairan yang sama dengan obor-obor kotak.

BOX JELLY FISH 
Disebut juga tawon laut , tergolong binatang rongga (coelenterata), hidup didaerah perairan laut dalam pantai timur laut Australia.

Ia kerap muncul didaerah laut queensland dan dianggap sebagai makhluk yang paling beracun bagi manusia. Jika digigit akan menemui maut dalam beberapa saat.

p/s : Jangan dilihat bentuk luarannya sahaja sedangkan makhluk ini adalah makhluk yang paling beracun didunia.

Haiwan Peliharaan Paling Mahal Didunia

1 - HYACINTH MACAW - $14,000


2 - LEUCISTIC BALL PYTHON - $15,000


3 - PALM COCKATOO - $16,000


4 - BLUE MUTATION AMAZON - $20,000


5 - LAVENDER ALBINO BALL PHYTHON - $40,000


6 - BENGAL CAT - $42,000


7 - CHIMPANZEE - $55,000


8 - STAG BEETLE - $89,000


9 - WHITE LION CUB - $138,000


10 - TIBETAN MASTIFF -  $582,000


11 - MISSY - $1, 200,000


12 - GREEN DONKEY - $16,000,000

10 Mamalia Yang Jarang Ditemui Didunia

1 - HAIRY SAKI 




Monyet yang hidup dilembah sungai amazon ini kebanyakannya tinggal diatas pokok, monyet ini juga dikenali sebagai monk saki kerana bulu kepala monyet ini berbentuk seperti topi pendeta (monk's cowl), Hairy Saki sangat jarang dilihat, ditangkap kerana sifatnya yang panik. Monyet ini cenderung panik dan boleh mati kerana ketakutan ditangkap.

2 - AARDWOLF




Mamalia afrika yang menyerupai hyena kecil, namanya Aardwolf yang bererti "earth wolf " kerana dia tinggal dalam liang tanah.

3 - ARGALI




Kambing liar terbesar (tingginya kurang lebih 120cm ) yang mempunyai tanduk yang besar dan bergulung, berasal dari Asia Tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet ). Binatang ini terancam pupus kerana sering diburu dan digunakan dalam pengubatan cina.

4 - DOUROUCOULI




Dikenali juga dengan monyet burung hantu kerana mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada malam hari) Haiwan ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.

5 - SOULSLIK EROPAH




Soulslik adalah nama eksotik yang diberikan kepada tupai tanah Eropah dan Asia. Tupai ini tidak kelihatan seperti tupai dan haiwan pengerat pada umumnya, kerana makanannya adalah daging yang amat besar (tentunya dalam ukuran yang kecil) seperti burung-burung kecil dan tikus.

6 - FOSSA




7 - LESSER GRISON




Karnivor yang jarang diketahui orang , hidup di patagonia dan negara-negara Amerika Selatan, panjangnya 30cm , dengan bulu hitam dan kelabu. Haiwan ini jarang kelihatan seperti memerang di Peru. Haiwan ini dijinakkan seperti musang dan dilatih untuk memburu tikus.

8 - MOON RAT




Disebut juga sebagai landak berbulu , haiwan yang kelihatan aneh ini berasal dari asia tenggara. Bulunya yang berwarna coklat tua atau hitam kontra dengan mukanya berwarna putih . Haiwan ini juga mempunyai hidung yang panjang , dengan panjang kira-kira 25cm . Haiwan ini merupakan insectivora yang besar.

9 - NORTH AMERICAN CACOMISTLE




Berasal dari Amerika Syarikat bahagian selatan , cacomistle adalah haiwan kecil dan pemalu, kadang-kadang disebut sebagai Tupai Kucing atau Kucing Ekor Cincin kerana ekornya yang panjang dan bergaris mementuk seperti cincin. Cacomistle berasal dari bahasa Nahuatl yang bererti half-cat atau half-mountain lion.

10 - PINK FAIRY ARMADILLO




Ini adalah armadillo peri, mempunyai panjang 120mm, haiwan ini hidup dibawa tanah dan jarang kelihatan, dan hampir tidak pernah tertangkap, haiwan ini hebat dalam melarikan diri, dengan kemampuannya yang boleh menggali kedalam tanah secara tepat dan bersembunyi dari serangan musuh. Praspris

Haiwan Unik - Tenggiling


Malaysia dan negara-negara jirannya sangat kaya dengan flora dan fauna yang hanya boleh didapati di rantau Asia Tenggara. Pengetahuan tentang kewujudan ini turut menjadi keutamaan untuk menulis tentangnya. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan yang unik. Namun kini tenggiling semakin sukar untuk dijumpai di sekitar walaupun di pinggir hutan akibat ditangkap sebagai makanan atau haiwan eksotik atau pun habitatnya diganggu.




  • Tenggiling atau dalam bahasa inggeris dipanggil Malayan Pangolin iaitu salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.
  • Nama saintifiknya ialah Manis Javanis.
  • Malaysia ialah salah satu daripada 12 buah negara yang memiliki bilangan flora dan fauna yang terbanyak iaitu 15,000 spesies. Antaranya 286 spesies mamalia, lebih 150,000 spesies invertebrata dan vertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama, 12,000 spesies kupu-kupu dan lebih 4000 spesies ikan laut.
  • Tenggiling merupakan haiwan bertulang belakang (vertebrata)
  • Merupakan haiwan mamalia, berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan
  • Jantung tenggiling terdiri daripada empat bahagian seperti manusia.
  • Apabila terancam tenggiling akan menggulungkan badannya sebagai satu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.
  • Makanan utamanya ialah semut dan anai-anai
  • Tenggiling suka berehat di dalam lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar serta mengorek lubang tanah.
  • Musuh utama Tenggiling ialah harimau belang serta harimau bintang
  • Selain Malaysia, tenggiling turut boleh dijumpai di Indonesia ( Pulau Jawa dan Nusa Tenggara ), Filipina, Laos, Vietnam dan Kemboja.


















Saturday 12 May 2012

Binatang -binatang terpantas

1.  CHEETAH - 70 MIL / JAM (112 KM/ JAM)



Cheetah adalah binatang terpantas yang hidup didaratan , boleh mencapai kelajuan 112 km/jam sampai 120 km/jam hanya pada lintasan sepanjang 460m, kemampuannya juga tidak boleh ditandingi binatang lain, cheetah boleh mencapai kelajuan 0 km/jam sehingga 110 km/jam hanya dalam waktu 3 saat.

2. ANTELOP - 61 MIL/JAM (80 KM / JAM )


Binatang ini juga dikatakan binatang darat terpantas kedua di dunia. Kelajuan maksima binatang ini sangat sukar untuk dipastikan secara akurat, kerana setiap ekor binatang ini mempunyai kemampuan yang berbeza-beza , binatang ini juga mempunyai kemampuan sprint lebih lama kerana dibantu ruang paru-paru dan jantung yang lebih besar.

3. WILDEBEEST - 50 MIL/JAM (80 KM/JAM)


Wildbeest adalah binatang yang bergantung hidup pada kelajuannya untuk menghindar dari pemangsa, binatang ini adalah makanan kesukaan kucing besar, habitat wildebeest terletak di dataran terbuka Afrika, binatang ini adalah komuniti terbanyak yang boleh hidup sehingga 20 tahun.

4. SINGA - 50 MIL/JAM (80KM/JAM)


Raja dari segala pemburu, singa tidak perlu mempunyai kepantasan untuk menjadikan dirinya sebagai yang terbaik diantara terbaik dalam berburu untuk meneruskan hidupnya, kebanyakannya dilakukan oleh singa betina , namun singa jantan yang boleh berlari mencapai kelajuan 80km/jam.

5. RUSA THOMPSON - 50 MIL/JAM (80KM/JAM)


Dinamai sempena nama manusia yang menemuinya, Joseph Thompson, Rusa Thompson diakui didunia sebagai rusa terbaik , baik dari segi bentuk fizikal, kepantasan juga kecerdikannya dibanding jenis rusa lainnya , dalam rangka menghindari musuh utamanya cheetah, rusa ini boleh mencapai kelajuan 80km/jam disertai dengan pergerakan zigzag yang mengelirukan, rusa ini juga mempunyai ketahanan lebih baik dari cheetah ibarat motor , rusa thompson bahan bakarnya lebih berkualiti.

6. KUDA - 47.5 MIL/ JAM (73.6KM/JAM)


Jenis kuda tercepat adalah Quarter Horse, mendapatkan namanya "Quarter" kerana dalam pacuan kuda boleh memimpin pacuan hampir seperempat panjang trek (misal lintasan 100m , kuda ini boleh menamatkan 25 meter di depan peringkat kedua ) dari kuda jenis biasa lainnya , kuda ini boleh mencapai kelajuan maksima 76km perjam. 

7. RUSA BESAR - 46 MIL/JAM (73.6 KM/ JAM)


Rusa ini sering dianggap sebagai rusa terbesar kedua didunia dan juga salah satu mamalia terbesar di amerika utara dan asia timur, berbeza dengan binatang berkelajuan tinggi yang lain, binatang ini menggunakan kelajuannya untuk menghindari pemangsa, tapi bagaimanapun melihat ukuran dan kepantasannya, banyak pemangsa sekalipun lapar, lebih suka memendamkan niatnya untuk memburu rusa ini.

8. ANJING PEMBURU - 45 MIL/JAM (72 KM/JAM)


Anjing ini menggabungkan antara kepantasan dan kecerdikan dalam memburu mangsanya, mereka berburu secara berkumpulan dan sangat berorganisasi, salah seekor daripada anjing ini mengarahkan mangsanya ke satu tempat , dan anjing lain siap menyerang silih berganti sehingga mangsa tidak berdaya.

9. RUBAH - 42 MIL /JAM ( 67.2KM/JAM)


Rubah adalah pemburu yang makan daging dan sayur- sayuran. Binatang ini menggunakan kepantasan untuk berburu kelinci , tikus-tikus, malah burung-burung.


Fakta - Fakta Tentang Hamster


Tahukah anda , ada fakta yang menarik mengenai binatang hamster atau dikenali dengan sebutan "marmut"

  • Perkataan Hamster berasal dari kata kerja pada bahasa Jerman Hamsternyang yang bermaksud menyingkirkan.

  • Hamster memiliki kantung pipi yang besar yang boleh mencakup sampai ke bahagian belakang punggungnya.

  • Hamster akan tidur pada waktu yang lama apabila suhu temperature rendah atau menerima hanya sedikit cahaya.

  • Hamster adalah binatang yang pandai melarikan diri, binatang ini memiliki kemampuan untuk mengecilkan diri sehingga dapat memasuki lubang yang kecil, sekiranya anda memelihara binatang ini pastikan untuk memeriksanya setiap malam.

  • Seekor hamster dapat membawa hingga setengah bahagian tubuhnya masuk kedalam kantung pipinya.

  • Dalam keadaan seperti ini hamster akan terlihat seperti seorang anak berusia 10 tahun yang sedang membawa tiga puluh tujuh sehingga tiga puluh lapan barang-barang miliknya dalam mulut.

Kucing Haiwan Yang Bersih

tumblr_ltfsuyzF4z1qcmsc3o1_500

Nabi menekankan dalam hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis, malah dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan bekas air minuman kucing.

Kenapa Rasulullah berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia ? 

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis ?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia, pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan bulu mereka. 

Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun air yang akan jatuh dari lidahnya, sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati yang tersisa di badannya.



KAJIAN YANG DIJALANKAN 

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian- bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Disamping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang di dapati selepas ujikaji ialah : 

1 - Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman , meskipun dilakukan berulang kali.
2 - Tempat kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika 
      dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan padanya.
3 - Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga tidak menunjukkan kehadiran kuman.
4 - Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman     
      dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil 
      seperti (enterobector, streptococcus, dan taphylococcus ). Jumlahnya kurang dan membiak dalam 
      lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5 - Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya . Pelbagai sumber dipercayai dan hasil 
      penyelidikan laboratarium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. 
      Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua labotarium di klinik Haiwan Bhaitarah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman , jika mempunyai kuman itu menunjukkan kucing itu sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing , manusia 25% dari anjing , kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus , Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama Lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.