Voting Rating: 4.5 / 41 votes

Sunday 13 May 2012

Haiwan Unik - Tenggiling


Malaysia dan negara-negara jirannya sangat kaya dengan flora dan fauna yang hanya boleh didapati di rantau Asia Tenggara. Pengetahuan tentang kewujudan ini turut menjadi keutamaan untuk menulis tentangnya. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan yang unik. Namun kini tenggiling semakin sukar untuk dijumpai di sekitar walaupun di pinggir hutan akibat ditangkap sebagai makanan atau haiwan eksotik atau pun habitatnya diganggu.




  • Tenggiling atau dalam bahasa inggeris dipanggil Malayan Pangolin iaitu salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.
  • Nama saintifiknya ialah Manis Javanis.
  • Malaysia ialah salah satu daripada 12 buah negara yang memiliki bilangan flora dan fauna yang terbanyak iaitu 15,000 spesies. Antaranya 286 spesies mamalia, lebih 150,000 spesies invertebrata dan vertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama, 12,000 spesies kupu-kupu dan lebih 4000 spesies ikan laut.
  • Tenggiling merupakan haiwan bertulang belakang (vertebrata)
  • Merupakan haiwan mamalia, berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan
  • Jantung tenggiling terdiri daripada empat bahagian seperti manusia.
  • Apabila terancam tenggiling akan menggulungkan badannya sebagai satu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.
  • Makanan utamanya ialah semut dan anai-anai
  • Tenggiling suka berehat di dalam lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar serta mengorek lubang tanah.
  • Musuh utama Tenggiling ialah harimau belang serta harimau bintang
  • Selain Malaysia, tenggiling turut boleh dijumpai di Indonesia ( Pulau Jawa dan Nusa Tenggara ), Filipina, Laos, Vietnam dan Kemboja.


















2 comments:

  1. Dah takdak dah la Ni.. Tangkap tapi tak béla.. Pupus dah.

    ReplyDelete
  2. Cara pemakanan dia karnivor ke?

    ReplyDelete