Voting Rating: 4.5 / 41 votes

Wednesday, 29 February 2012

Spesies Haiwan Yang Pupus

BADAK HITAM AFRIKA BARAT (2006)

Badak hitam afrika telah dinyatakan pupus pada tahun 2006 ,setelah  pengkaji haiwan gagal menemui spesies ini lagi di habitat mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari 4 subspesies badak. Penyebab kepupusan adalah disebabkan pemburuan dan pemburu haram untuk mendapatkan tanduk.



HARIMAU JAWA

Serupa dengan tampilannya dengan harimau Sumatera ,harimau jawa adalah  macan  asli  pulau Jawa Indonesia.Pada tahun 1800-an haiwan ini begitu banyak sekali dan mudah ditemui tapi kerana pulau jawa telah dibangunkan dan dikembangkan sebagai petempatan manusia,populasi harimau jawa telah menurun dengan mendadak.Pada tahun 1950-an hanya tinggal 20 harimau jawa ini,dan kini secara rasmi haiwan ini telah pupus. Penyebab kepupusan kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi harimau jawa ini

MADEIRAN LARGE WHITE (2007)

Large Madeiran merupakan rama-rama yang menakjubkan. Rama-rama putih ini hanya boleh ditemui di lembah lembah dari hutan Laurisilva di kepulauan Madeira Portugal. Rama-rama ini memiliki hubungan dekat dengan spesies rama,Large White yang banyak boleh didapati diseluruh Eropah,Afrika dan Asia. Dipercayai spesies ini telah pupus dan kali terakhir dilihat oleh para penyelidik spesies pada 2007.Penyebab kepupusan adalah kemusnahan habitat kerana pembangunan dan peningkatan populasi manusia dikawasan tersebut.

SPIX 'S MACAW

Juga disebut Little Blue Macaw, dikenali kerana mempunyai bulu biru  yang sangat cantik . Hanya terdapat beberapa ekor sahaja burung ini yang masih wujud didunia dan berjaya diselamatkan. Burung biru kecil sudah tidak dapat ditemui dihabitat liar dan dijangka bakal pupus dalam tempoh jangka terdekat. Penyebab kepupusan kemusnahan habitat, perdagangan haram burung ini telah menyumbang kepada kepupusan haiwan ini.

BOA ROUND ISLAND (1975)

Ular ini merupakan speseis asli Round Island iaitu sebuah pulau kecil dipantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal dipuncak lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain disekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island setelah 1949. Ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai kini telah pupus.
KUPU ALCON BIRU BELANDA (1979)

Kupu-kupu ini merupakan subspesies dari Alcon Biru , banyak ditemui  terutama dipadang  rumput di Belanda. Alcon Biru Belanda terakhir dilihat pada tahun 1979. Penyebab kepupusan, pertumbuhan dalam pembangunan pertanian menyebabkan habitat Alcon Biru ini terancam dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.
PO'OULI

Po'ouli atau Black-Faced honeycreeper, ini merupakan penghuni asli Maui, Hawaii. Spesies burung ini hanya baru ditemui pada tahun 1970-an oleh para pengkaji. Namun populasinya tiba-tiba menurun dengan mendadak selepas itu, dan pada tahun 1997 hanya terdapat 3 ekor Po'ouli yang wujud didunia ini. Akhirnya spesies ini dinyatakan pupus secara rasmi tujuh tahun kemudian iaitu pada tahun 2004. Penyebab kepupusan kemusnahan habitat asal, serangan penyakit, serangan pemangsa dan penurunan dalam sumber makanan.
 
PYRENEAN LBEX (2000)

Lbex pyrenean terakhir dilihat pada tahun 2000, namun  klon lbex , dibuat dari kulit sampel yang diambil dari pyrenean lbex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun mati tidak lama setelah lahir kerana komplikasi paru-paru.Penyebab kepupusan ialah haiwan ini menjadi mangsa pemburu haram yang telah menyebabkan jumlah haiwan ini berkurang secara serius dan ahli pencinta alam menyalahkan pemerintah sepanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkan haiwan ini dari kepupusan.
ZANZIBAR LEOPARD (1996)


Salah satu dari beberapa subspesies harimau kumbang  di Zanzibar. Leopard  ini adalah  penghuni kepulauan Zanzibar di Tanzania. Masih belum jelas apakah spesies ini benar benar telah pupus. Namun penduduk sekitar ada sesekali melihat haiwan ini. Namun dipastikan bahawa spesies ini kali terakhir dilihat manusia pada 1996. Penyebab kepupusan haiwan ini dibunuh dengan agresif dan penduduk tempatan melihat haiwan ini dilihat sebagai pemangsa jahat yang harus dihapuskan.

GOLDEN TOAD (1989)

Golden toad : Bukan satu - satunya spesies haiwan yang hilang  dalam 40 tahun  terakhir  ini tetapi salah satu dari spesies yang tercatat telah pupus. Amfibia fluorescent itu sebenarnya sangat mudah ditemui di ketinggian kaki bukit Costa Rica, tetapi akibat daripada pencemaran,pemanasan global spesies ini telah pupus pada 1989.










  














No comments:

Post a Comment